PSIKOBIOLOGI
Psikobiologi merupakan sebuah kajian mengenai proses mental manusia yang berkait dengan tingkahlaku manusia serta proses fisiologi yang berlaku di dalam tubuh badan manusia.
SISTEM KOORDINASI
Sistem organ yang saling bergantungan untuk mengatur dan mengendalikan secara efisien fungsi dalam tubuh, sistem koordinasi terdiri daripada sistem saraf dan sistem endokrin.SISTEM SARAF
Merupakan sistem yang berfungsi dalam badan untuk membantu menghubungkan semua bahagian tubuh badan untuk berfungsi dengan sistem saraf yang terdiri daripada dua iaitu central nervous system (CNS) & peripheral nervous system (PNS).
- Sistem saraf pusat (CNS) merupakan sistem yang memproses informasi yang diterima melalui sistem saraf periferi (PNS).
- Manakala, sistem saraf periferi (PNS) berfungsi untuk menghubungkan sistem saraf pusat (CNS) kepada reseptor dan efektor di bahagian badan yang lain.
NEURON
- -Dendrit berfungsi sebagai penghantar dan penerima rangsangan ke badan sel.
- -Cell body/badan sel berfungsi untuk menerima ransangan dari dendrit kemudian menghantar maklumat terssebut ke axon/akson. badan sel mngandungi inti sel & sitoplasma.
- -Nucleus adalah inti sel saraf yang berfungsi sebagai pengatur sel saraf (Neuron).
- -Axon/akson adalah sitoplasma yang panjang, ia berfungsi ungtuk menghantar impuls ke badan sel. Jumlah axon biasanya hanya satu pada setiap neuron.
- -Myelin sheath adalah sebuah selaput yang mengandungi lemak yang berfungsi untuk melindungi axon daripada rosak. lekukan di antara dua segmen disebut sebagai nodus ranvier.
- -Sel schwann adalah jaringan yang membantu menyediakan makanan untuk axon dan membantu regenerasi axon.
SISTEM ENDOKRIN
Sistem endokrin adalah sistem yang mengawal kelenjar & organ yang menghasilkan hormon melalui aliran darah untuk mempengaruhi organ-organ lain.
- Hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrin ia berfungsi untuk mengawal metabolisma, petumbuhan, perkembangan, reproduksi & tingkahlaku.
- Hormon diperlukan oleh tubuh dalam jumlah sedikit tetapi mempunyai pengaruh besar.
komponen sistem endokrin
- Kelenjar: Merembeskan produk ke salur darah secara terus
- Hormon: Bahan kimia yang dirembeskan untuk menyampaikan maklumat
- Sel Sasaran: Sel yang mempunyai reseptor yang khusus kepada hormon tertentu
- Reseptor: Protein yang terdapat pada dinding membran yang mengenal hormon tertentu yang boleh merangsang perubahan sel.
Ulasan
Catat Ulasan