Catatan

Latihan Aerobik & Anaerobik

AEROBIK Merupakan istilah yang berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud pengunaan udara atau oksigen. Latihan ini adalah senaman daya tahan untuk meningkatkan kemampuan dan dapat membekalkan darah beroksigen dan nutrien bagi menghasilkan tenaga terhadap otot-otot dan organ-organ. Sistem tenaga aerobik (berbekalkan oksigen yang mencukupi) boleh mengintesikan semula ATP (Adenosine triphosphate) dengan mengunakan karbohidrat dan lemak tanpa menghasilkan bahan sampingan yang menyebabkan kelesuan. Melalui latihan ini, kemampuan seseorang atlet tidak cepat berasa lesu dan penat. Latihan aerobik juga dapat meningkatkan komponen-komponen kecergasan fizikal seperti daya tahan otot, kelenturan dan kekuatan otot. Kaedah latihan aerobik yang sering digunakan dalam latihan sukan: 1. Latihan jarak jauh perlahan (LSD) Meningkatkan daya tahan kardiovaskular Membantu seseorang atlet mengekalkan tahap kecergasan Enam langkah pelaksanaan: ~Menentukan kadar nadi rehat. ~Meman...

Otak Manusia

Imej
Otak merupakan organ kompleks yang berfungsi sebagai pusat sistem saraf terutama pada manusia, yang mengendalikan seluruh tubuh manusia. Fungsi Otak Sebagai sistem pusat yang mengawal seluruh sistem organ dalam tubuh (pernafasan, peredaran darah & sistem pencernaan) Sebagai pusat sistem saraf yang mengawal seluruh tubuh seperti apabila menerima sesuatu rangsangan (sentuhan, tekanan & rasa sakit) Sebagai pusat keseimbangan, perilaku sedar & kemampuan mengawal pergerakan sehingga membuat seseorang mampu bergerak mengikut keinginannya. Otak juga berfungsi untuk mengatur kemampuan berfikir, melihat, berkomunikasi & mendengar. Bahagian Otak Struktur Otak Forebrain Teras otak yang dilindungi dengan cekap oleh tulang tengkorak Termasuk cerebellum, pembentukan retikular & batang otak yang berfungsi seperti pernafasan & pergerakan Batang otak mengandungi pons & medulla oblongata Midbrain Membentuk sebahagiab batang otak (brain s...

PSIKOBIOLOGI

Imej
Psikobiologi merupakan sebuah kajian mengenai proses mental manusia yang berkait dengan tingkahlaku manusia serta proses fisiologi yang berlaku di dalam tubuh badan manusia. SISTEM KOORDINASI Sistem organ yang saling bergantungan untuk mengatur dan mengendalikan secara efisien fungsi dalam tubuh, sistem koordinasi terdiri daripada sistem saraf dan sistem endokrin. SISTEM SARAF Merupakan sistem yang berfungsi dalam badan untuk membantu menghubungkan semua bahagian tubuh badan untuk berfungsi dengan sistem saraf yang terdiri daripada dua iaitu central nervous system (CNS) & peripheral nervous system (PNS). Sistem saraf pusat (CNS) merupakan sistem yang memproses informasi yang diterima melalui sistem saraf periferi (PNS). Manakala, sistem saraf periferi (PNS) berfungsi untuk menghubungkan sistem saraf pusat (CNS) kepada reseptor dan efektor di bahagian badan yang lain. NEURON -Dendrit berfungsi sebagai penghantar dan penerima rangsangan ke badan sel. ...