PSIKOBIOLOGI

Psikobiologi merupakan sebuah kajian mengenai proses mental manusia yang berkait dengan tingkahlaku manusia serta proses fisiologi yang berlaku di dalam tubuh badan manusia. SISTEM KOORDINASI Sistem organ yang saling bergantungan untuk mengatur dan mengendalikan secara efisien fungsi dalam tubuh, sistem koordinasi terdiri daripada sistem saraf dan sistem endokrin. SISTEM SARAF Merupakan sistem yang berfungsi dalam badan untuk membantu menghubungkan semua bahagian tubuh badan untuk berfungsi dengan sistem saraf yang terdiri daripada dua iaitu central nervous system (CNS) & peripheral nervous system (PNS). Sistem saraf pusat (CNS) merupakan sistem yang memproses informasi yang diterima melalui sistem saraf periferi (PNS). Manakala, sistem saraf periferi (PNS) berfungsi untuk menghubungkan sistem saraf pusat (CNS) kepada reseptor dan efektor di bahagian badan yang lain. NEURON -Dendrit berfungsi sebagai penghantar dan penerima rangsangan ke badan sel. ...